Header Ads

Hikmah atau Manfaat dalam Amalan Hibah https://ift.tt/eA8V8J

Hikmah atau Manfaat dalam Amalan Hibah https://ift.tt/eA8V8J

Tribratanews.kepri.polri.go.id – Hibah disyari’atkan dalam Islam dengan galakan yang mendalam adalah untuk memaut hati kalangan masyarakat Islam itu sendiri sesama mereka dan memperdekatkan perasaan kejiwaan sesama manusia yang hidup dalam masyarakat Islam atau di luar masyarakat Islam. Keistimewaan hibah ini ialah ianya boleh dilakukan kepada orang yang bukan Islam sekali pun, bahkan kepada musuh-musuh yang membenci Islam apabila diketahui lembut hatinya apabila di’beri’kan sesuatu. Hibah ini merupakan salah satu aktiviti kemasyarakatan yang berkesan memupuk rasa hormat, kasih sayang, baik sangka, toleransi, ramah mesra dan kecaknaan dalam kehidupan sosial sesebuah negara. Secara ringkasnya, hikmah hibah ini boleh dirumuskan dalam perkara berikut (tanpa menghadkan kepada perkara di bawah) :

  • Melunakkan hati sesama manusia
  • Menghilangkan rasa segan dan malu sesama jiran, kawan, kenalan dan ahli masyarakat
  • Menghilangkan rasa dengki dan dendam sesama anggota masyarakat
  • Menimbulkan rasa hormat, kasih sayang, mesra dan tolak ansur sesama ahli setempat.Meningkatkan citarasa kecaknaan dan saling membantu dalam kehidupan
  • Memudahkan aktiviti saling menasihati dan pesan-memesan dengan kebenaran dan kesabaran
  • Menumbuhkan rasa penghargaan dan baik sangka sesama manusia
  • Mengelak perasaan khianat yang mungkin wujud sebelumnya
  • Meningkatkan semangat bersatu padu dan bekerjasama
  • Dapat membina jejambat perhubungan dengan pihak yang menerima hibah.

1. Firman Allah SWT (QS. Al-Baqarah : 177) yang artinya:

Bukanlah kebaikan itu engkau mengarahkan wajahmu menghadap timur dan barat. Akan tetapi kebaikan itu adalah orang yang beriman kepada Allah, hari akhir, para malaikat, para nabi, memberikan harta yang disukainya kepada kerabat dekatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, orang yang meminta-minta dan untuk membebaskan budak.

 

2. Firman Allah SWT QS Al-Baqarah : 261 :

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah[166] adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahu

Demikianlah informasi mengenai Hibah. Semoga informasi ini dapat bermanfaat dan menambah pengetahuan kita. Sekian dan terima kasih. Semoga Bermanfaat.

 

Penulis          : Rexi

Editor              : Edi

Publish            : Tahang



from TRIBRATANEWS POLDA KEPRI https://ift.tt/2IJbiTS
via
via Blogger https://ift.tt/2yVUGIz

Tidak ada komentar

Diberdayakan oleh Blogger.